MISI
Misi kami adalah memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian di dalam penggunaan teknologi tanaman dan industri hiliran serta khidmat regulatori pertanian untuk menigkatkan pengeluaran pertanian negara.
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.
- Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.
- Mewujudkan kumpulan tenaga yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.
- Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.
- Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada dibawa keluar negara dan terancam pupus.
FUNGSI
- Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian.
- Memberikan khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.
- Membangun Sumber Maklumat Pertanian Negara untuk kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.
- Menjalankan latihan di Institut/ Pusat Latihan Peetanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.
- Mengawalselia mutu bahan/benih tanaman negara.
- Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Perosak 1974 untuk memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah yang berkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.
- Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk mencegah kemasukan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi peraturan kuarantin negara pengimport.
- Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam( Larangan Mengenai Eksport) 1988 dan peraturan CITIES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesies-spesies Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam dan pupus.
- Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan swasta dalam/ luar negara yang terlibat dalam pembangunan, penguatkuasaan dan perdagangan pertanian.
1 comments:
Syabas dan tahniah atas paparan blog serta pemilihan info yang menarik.
Sekadar pandangan:
1.Web blog dan Web page tampak macam sama tapi berbeza dari segi fungsi dan beban tangungannyanya.Web page lebih bersifat makluman sehala dan biasanya adalah rasmi manakala blog bersifat dua hala dan adalah *tidak rasmi (*sesuatu wadah @platform penyebaran apa jua dasar/maklumat yg diujudkan bagi mewakili sesuatu organisasi (jabatan kerajaan khususnya),perlulah mendapat pengiktirafan organisasi itu sendiri yakni,pihak atasan jabatan/kementerian serta pihak berkuasa negeri & sbgnya).Ini bermakna ia sepatutnya tidak boleh diujudkan sewenang2nya kerana dari segi keselamatan (contohnya);ia tidak menjamin segala dasar/fakta/data/hebahan/maklumat dan sbgnya, adalah dari sumber yg sah dan boleh dijadikan sumber rasmi KECUALI...1)ia hanyalah sebagai ruang/platform/kegunaan persendirian (personel)sahaja dan 2)blog ini hanya untuk "staff only"(not for publish to public.
2.Justeru itu, perlulah ada "disclaimer" bagi menerangkan status/tujuan pengwujudan sebenar blog agar ianya lebih selamat@tidak bertindan dengan web page Jabatan Pertanian Negeri Selangor sedia ada.
Post a Comment