INSENTIF TANAMAN

A. Tujuan
1. Meringankan bebanan pengusaha
berikutan kenaikan kos pengeluaran.
2. Menggalakkan peningkatan pengeluaran tanaman makanan
(Buah-buahan & Sayur-sayuran).

B. Kadar Insentif Tanaman
1. Sayuran & Tanaman Kontan RM 81.00/tan
2. Buah-buahan RM 78.00/tan

C. Syarat Kelayakan Insentif
1. Warganegara Malaysia.
2. Individu, Syarikat dan Institusi.
3. Tanah sendiri, disewa, dipajak @ diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan.
4. Mempunyai Rekod Ladang.
5. Berdaftar dibawah Jab. Pertanian
Semenanjung, Sabah, Sarawak dan
Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan.
Menggunakan borang pendaftaran yang
boleh diperolehi di Pejabat-pejabat
Pertanian Daerah.
6. Mempunyai akaun Agrobank.


D. Jenis Tanaman
1. Sayuran
Cili, Sawi, Kubis, Peria, KcgBuncis, Kailan,
Petola, Halia, Terung, Bayam, Kcg Pjg,
Tomato, Salad, Kangkung, Timun, Bendi,
Labu Manis, Ubi Kayu, Jagung Manis,
Keledek dan Sengkuang.

2. Buah
Nanas, Belimbing, Betik, Jambu, Limau,
Mangga, Nangka, Tembikai/Melon,
Pisang, Durian, Rambutan, Kelapa,
Manggis, Dokong, Duku/Duku Langsat,
Cempedak, Salak, Longan dan Pitaya.

0 comments: