KURSUS WEB BLOG

Ibupejabat Pertanian Shah Alam telah mengadakan kursus Web Blog selama 2 hari bermula dari 22 - 23.09.08. Diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana sudi mengadakan kursus berkenaan. Kursus ini amat berguna kepada semua pegawai-pegawai yang menghadirinya untuk merealisasikan web blog untuk setiap daerah.

Memandangkan kursus ini memerlukan internet, hasrat peserta amat tinggi untuk terus menghasilkan web blog daerah masing-masing. Line networking yang bermasalah menyebabkan kerja-kerja untuk menghasilkan web blog menjadi rumit dan matlamat penghasilan blog setiap daerah tidak tercapai 100%.


Harapan para peserta mencadangkan diadakan satu lagi kursus web blog lanjutan. Supaya dapat meluaskan dan menambah penggunaan blog. selain dari itu dicadangkan supaya satu garis panduan @ format yang perlu dibuat atau diisi oleh setiap daerah. Didapati pada masa kini blog yang dihasilkan oleh setiap daerah tidak standard dari keperluan atau kehendak Jabatan.

0 comments: