1. Penyediaan Tanah
Tanah yang berbeza mempunyai keperluan penyiraman air yang berbeza. Anda tidak perlu
menjadi saintis tanah untuk mengetahui jenis tanah. Tips berikut boleh membantu: * Tanah yang berbutir cepat menyerap air dan nutrien: - Gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan dengan serat (daun-daun, serat tumbuhan, rumput kering) di atas kawasan akar. Ini mengurangkan kehilangan air dari tanah.
* Tanah liat:
- Tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau sebati, ini dapat membantu pengudaraan tanah. Tanah liat lambat menyerap air, jadi kita hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air.
* Tanah pasir: - Tambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepatdalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air.
* Tanah gambut: - Tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam. Tanah ini menyerap air dan meyimpannya, ini membantu tumbuhan menyerapnya.
* Tanah pasir: - Tambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air.
2. Penyediaan Batas. - Bajak @ cangkul dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Sediakan batas berukuran 1.2m lebar, 0.15-0.20cm tinggi. Jarak antara batas ialah 0.3m.
3. Semaian. - Taburkan biji benih (sawi, bayam, kangkong) dengan campuran pasir halus (1:1), taburkan selapis pasir halus bagi menutup benih dan letakkan sungkupan dari rumput ke atas batas. Siram batas setiap hari. anak benih kelihatan selepas 1-2 minggu.
4. Penanaman Benih. - Anak benih yang sihat ditanam dua baris sebatas. Jarak tanaman ialah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan.
5.Pembajaan. - Penggunaan baja organik adalah perlu untuk kesuburan tanah. Baja ditabur di sekeliling pokok dan digaul ke dalam tanah.
6.Penyiraman. - Siram 2 kali sehari. Pada peringkat awal pertumbuhan sayuran, air banyak diperlukan untuk tumbesaran. Selepas 2-3 minggu, siram sekali sehari adalah mencukupi.
7. Pengawalan Rumpai. - Kawalan rumpai perlu dilakukan sepanjang masa, sama ada secara manual (dengan tangan @ cangkul) atau secra sungkupan.
8. Pengawalan Serangga Perosak. - Antara tumbuhan yang boleh mengelakkan serangga perosak adalah, bawang merah, bawang putih, halia, pudina dan beberapa tumbuhan herba yang lain.
Jenis sayuran yang boleh ditanam dengan senang adalah : Sawi, cili, terung bulat, terung pajang, kacang tanah, jagung, kangkung, bendi, ubi kayu, tomato dan banyak lagi.
0 comments:
Post a Comment