MEMBUAT BAJA KOMPOS

Baja kompos merupakan baja yang mampu menguruskan sampah organik seharian. Secara tidak lansung, penggunaan baja kimia yang berbahaya dapat dikurangkan. Baja kompos adalah campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria menjadi baja semulajadi yang baik untuk kesuburan tanah. Secara mudahnya baja kompos dapat meneruskan kelestarian alam sekeliling kita.
Antara bahan-bahan membuat baja kompos
  • Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur, kulit buah-buahan atau sayur-sayuran, kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan.
  • Sisa rumput, daun kering, habuk kayu, atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil.
  • Najis haiwan - sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan (jangan terlalu banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria).
  • Jangan gunakan lebihan sisa daging, ikan, bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau mengangkut sisa makan itu ke sarang, atau membuat sarang mereka di situ.
  • Air, untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria.
  • Cangkul atau pun alatan yang sesuai utnuk menggaul baja kompos itu nanti.
  • Bekas yang sesuai untuk baja kompos - terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai.
  • Kanvas atau plastik (untuk membalut, sebagai langkah terakhir).

Kaedah Membuatnya :

  • Masukkan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buah-buahan, rumput, daun kering, habuk kayu kedalam acuan.
  • Masukkan 1% najis ternakan dan disiram dengan air, kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering.
  • Mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi.
  • Ulanglah langkah 1 dan 2 sehingga acuan penuh (sehingga 2 tau 3 kaki). Jangan lupa balut adunan tadi dengan kanvas atau plastik.
  • Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi disimpan. Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan (ambil masa sedikit, tetapi tak mengapa asalkan selamat serta tidak melibatkan kos yang tinggi).
  • Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
  • Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan membentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan anda bolehlah mencampurkan dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.

0 comments: