BLOG, BLOGGER, BLOGGING dan ...........

Terima kasih kerana sudi meneruskan pembacaan anda. Dibawah ini penulis menerangkan serba ringkas tajuk-tajuk berkenaan seperti yang telah di janjikan untuk pengetahuan umum para pembaca. Selamat membaca.
BLOG
Apakah itu blog?
Blog ialah sebutan ringkas bagi Weblog. Blog ialah sebuah web, tetapi dibina menggunakan perisian yang telah diformat bagi membolehkan sesiapa sahaja membinanya walaupun tidak memililki pengetahuan teknikal yang mendalam.
Blog mengandungi maklumat yang menggambarkan minat, pemikiran atau pendapat seseorang yang menerbitkan blog itu. Dengan ciri ini, blog sesuai menjadi diari atau jurnal online yang menyiarkan pendapat atau pandangan tidak rasmi pengendali blog itu.
Blog juga mengandungi banyak pautan kepada sumber-sumber maklumat. Kandungan blog ditulis dan dihantar secara berkala dan disusun mengikut kronologi iaitu maklumat yang terbaru diletakkan dibahagian atas.
Di internet, blog dilihat hampir menyerupai laman web. Ia lebih mudah dikemaskini tanpa memerlukan kemahiran teknik pengaturcaraan. Blog juga lebih interaktif di mana pengendali blog yang dikenali sebagai blogger boleh berkomunikasi secara interaktif dengan pembaca blog. Pembaca boleh memberi komentar terhadap kandungan blog yang dibacanya.
Berikut adalah ciri-ciri utama sebuah blog:
  1. Kandungan utama (Main content)
  2. Pautan ke RSS feed
  3. Tarikh dan masa
  4. PermaLink
  5. Komentar (Comments)
  6. Tracback
  7. Blogroll
  8. Arkib (Archives)
BLOGGER
  • Pengendali blog dikenali sebagai blogger
  • Blogger bebas menulis apa sahaja di dalam blog
  • Blogger juga perlu mengurus blog mereka
  • Blogger perlu mempunyai fokus topik yang menarik dan menyeronokkan
Secara umum tugas blogger ialah mengendalikan blog dengan menghantar maklumat, berita dan sebagainya ke dalam blog mereka. Blogger juga bertanggungjawab membalas komentar yang dihantar pembaca. Kebanyakan pembaca blog inginkan reaksi yang memuaskan hati mereka dan pada masa yang sama blogger pula perlu meneliti dan menapis komentar spam.

BLOGGING Istilah blogging bermaksud apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh pengendali blog atau blogger ke atas blog di dalam alam blog atau sfera blog (blogosphere). Aktiviti yang dimaksudkan termasuklah mambina, manulis, membuat pautan dan mempromosikan blog.

Panduan Penting :
  • Blogging ialah aktiviti yang dilakukan berkaitan dengan blog
  • Blogger perlu menentukan niche yang sesuai dengan dirinya sebelum membina dan mengendalikan blog
  • Promosi blog dan bekerjasama dengan blogger lain untuk menyediakan pautan di dalam blog adalah tugas blogger yang penting
Apakah 'niche' anda?
Apabila seseorang mahu memulakan blogging, biasanya mereka sudah mempunyai idea yang ingin dikongsi bersama di alam siber. Namun jika anda ingin serius dalam blogging, anda harus mencari satu tunpuan dan bidang khusus yang anda gemari dan ada kelebihan berbanding dengan orang lain.
Inilah yang dimaksudkan dengan niche iaitu tumpuan dan bidang khusus yang anda memang ada kepakaran mengenainya.
Setakat ini sahaja yang dapat diterangkan. Penulis akan menyambung kembalikan cerita mengenai blog, blogger dan blogging sekiranya penulis mendapat maklumat terkini.